Empayar_Carolus
Empayar_Carolus

Empayar_Carolus

Empayar Carolus atau Empayar Caroling[ian] (Carolingian Empire) adalah sebuah empayar besar yang wujud merangkumi kawasan barat dan tengah benua Eropah pada awal Abad Pertengahan dari 800 hingga 888 tahun Masihi. Ia diperintah oleh dinasti Carolus yang memerintah sebagai raja orang Frank sejak 751 dan sebagai raja Langobard dari Itali dari 774. Pada tahun 800, Charlemagne ditabalkan sebagai maharaja di Rom oleh Paus Leo III dalam usaha memulihkan Empayar Rom Barat saat ketiadaan waris yang menduduki takhta Empayar Rom Timur. Setelah berlangsung perang saudara (840-43) berikutan kemangkatan Maharaja Ludwig I, kerajaan ini dibahagikan kepada kerajaan-kerajaan kecil yang memerintah sendiri dengan satu sahaja raja yang masih diiktiraf sebagai penghulu namun dikurangkan kuasanya kepada negerinya sendiri.Empayar ini terbentuk dengan keluasan sebanyak 1,112,000 kilometer persegi (429,000 bt2) dengan populasi sebanyak antara 10 hingga 29 juta orang.[1] Ia bersempadan dengan Amiriah Cordoba dan Kerajaan Pamplona (sejak 824) di bahagian selatan, kerajaan orang Dane di bahagian utara, Kerajaan Bretagne di sebelah barat, dan kawasan-kawasan dihuni bangsa-bangsa Slav dan Avar di sebelah timur.