Empayar_Carthage
Empayar_Carthage

Empayar_Carthage

Empayar Carthage adalah sebuah negara kota beraja dan republik bagi Phoenicia di seluruh Afrika Utara dan Sepanyol moden yang berlangsung sejak tahun 650 SM (merdeka daripada metropoly Tyre) sehingga tahun 146 SM. Ia lebih kurang di bawah kawalan oleh negara kota Carthage sehingga kejatuhan Tyre kepada tentera Babylonia. Pada kemuncak pengaruh kota ini, ia menguasai hampir keseluruhan barat Mediterranean. Empayar ini terlibat dalam pergelutan yang berpanjangan dengan Republik Rom, yang mana menghasilkan siri-siri konflik yang dikenali sebagai Perang-perang Punic. Selepas Perang Punic Ketiga dan terakhir, Carthage dimusnahkan kemudian diduduki oleh tentera Rom. Sejak itu, hampir keseluruhan empayar jatuh kepada tangan Rom.

Empayar_Carthage

Raja, kemudian Shophet  
Agama Agama Punic
Bahasa lazim Bahasa Punic
Ibu negara Carthage
• Pengasasan 650 SM
• Pembubaran 146 SM
Era sejarah Sejarah purba
Kerajaan Beraja sehingga 308 SM, selepas itu menjadi Republik.