Empayar_Mexico_Kedua

Empayar Mexico Kedua (Bahasa Sepanyol: Segundo Imperio Mexicano) merujuk kepada kawasan Mexico yang berada di bawah suatu pemerintahan beraja diisytiharkan oleh Dewan Masyhur Perancis (Assemblée des Notables) pada 10 Julai 1863, semasa negara tersebut melakukan campur tangan politik yang kedua di Mexico. Ia dibuat dengan sokongan Napoleon III dari Perancis yang cuba untuk mewujudkan suatu sekutu terhadap kerajaannya di benua Amerika. Erzherzog Ferdinand Maximilian dari Wangsa Habsburg-Lorraine di Austria dipilih sebagai maharaja dan ketua negara itu dengan gelaran Maximilian I.Empayar ini dihapuskan berikutan penghukuman mati ke atas Maximilian I selepas pemenjaraan baginda oleh pihak republikan Mexico pada 19 Jun 1867.