Empayar_Mughal
Empayar_Mughal

Empayar_Mughal

Empayar Mughal, (Mughal Baadshah, atau sebutan lainnya Mogul) adalah sebuah kerajaan yang pada masa kemuncaknya memerintah Afghanistan, Balochistan, dan kebanyakan kawasan di benua kecil India antara 1526 dan 1857. Kerajaan ini didirikan oleh pemimpin Mongol, Babur, pada 1526, apabila dia mengalahkan Ibrahim Lodi, Sultan Delhi terakhir dalam Pertempuran Panipat Pertama. Perkataan mughal adalah versi Indo-Aryan dari Mongol. Agama rasmi Mughal adalah Islam, dengan majoriti penduduk menganut agama Hindu.Kerajaan ini sebahagian besar ditakluk oleh Sher Shah semasa pemerintahan Humayun, namun di bawah Akbar, kerajaan ini berkembang pesat, dan terus berkembang sampai akhir pemerintahan Aurangzeb. Jahangir, anak Akbar, memerintah kerajaan ini antara 1605-1627. Pada Oktober 1627, Shah Jahan, anak dari Jahangir mewarisi takhta dan kerajaan yang luas dan kaya di India. Pada abad tersebut, empayar ini mungkin merupakan kerajaan terbesar di dunia. Maharaja Mughal Shah Jahan, memerintahkan pembinaan Taj Mahal antara tahun 1630-1653 di Agra, India.Setelah kematian Aurangzeb pada 1707, kerajaan Mughal mulai mengalami kemunduran, walaupun masih berkuasa selama 150 tahun berikutnya. Pada 1739, empayar ini dikalahkan oleh tentera dari Parsi yang dipimpin oleh Nadir Shah. Pada 1756, pasukan Ahmad Shah menceroboh Delhi sekali lagi. Empayar British akhirnya membubarkannya pada 1857.

Empayar_Mughal

1600 3,200,000 km2 (1,200,000 bt2)
Ibu kota Agra; Fatehpur Sikri; Delhi
Pemerintahan Monarki mutlak, negara tunggal
dengan struktur persekutuan
• 1556–1605 Akbar
• 1628–1658 Shah Jahan
Maharaja  
• 1526–1530 Babur
Agama Sunnah Islam dengan kebebasan untuk agama-agama lain
Bahasa lazim Parsi (awalnya juga Chagatai Turkic; kemudian juga Urdu)
• Pemberontakan India pada 1857 Pemberontakan India pada 1857
Era sejarah Penaklukan Islam di Asia Selatan
Hari ini sebahagian daripada  India
 Pakistan
 Bangladesh
 Afghanistan
• 1605–1627 Jahangir
Mata wang Rupee
• Pertempuran Panipat PertamaPertempuran Panipat Pertama 21 April 1526
• 1658–1707 Aurangzeb
• 1800 200000000
• 1530–1539, 1555–1556 Humayun
• 1600 150000000