Empayar_Sasan
Empayar_Sasan

Empayar_Sasan

Empayar Sasan (Parsi: ساسانیان [sɒsɒnijɒn]) ialah nama yang digunakan untuk merujuk kepada Wangsa Iran yang ke empat dan Empayar Parsi kedua (226 - 651). Empayar ini diasaskan oleh Ardashir I selepas beliau mengalahkan raja Parthia terakhir, Artabanus IV. Sempadan empayar ini meliputi kawasan Iran, Iraq, Armenia, Afghanistan, Turki Timur, sebahagian dari Syria, Pakistan, Caucasia, Asia Tengah, dan tanah Arab. Ketika zaman Khosrau II pula, empayar dikembangkan lagi sehingga ke Mesir, Jordan, Palestin dan Lebanon. Rakyat Sasan pula menamakan empayar mereka Erānshahr ايرانشهر (Iranshæhr) yang bermaksud "Penguasaan Bangsa Iran (Arya)"[8]Era Sasan merupakan satu titik penting dalam sejarah Iran. Di zaman inilah tamadun dan kebudayaan Parsi mencapai kemuncaknya dan merupakan empayar Parsi terakhir sebelum pemelukan Islam oleh orang-orang Parsi. Tamadun Rom juga turut dipengaruhi tamadun Sasan[9] dan empayar Rom menjalinkan hubungan yang erat dengan Sasan dan ini terbukti dalam surat maharaja Rom kepada raja Parsi. Dalam surat itu, raja Parsi digelar saudaraku oleh maharaja Rom. Pengaruh Tamadun Sasan juga mencecah hingga ke Eropah Barat[10], Afrika[11], China dan India[12] dan juga turut memainkan peranan yang penting dalam kesenian Zaman Pertengahan di Asia dan EropahPengaruh tamadun Sasan juga turut dibawa sehingga ke zaman awal Dunia Islam. Keunikan dan budaya aristokratik Sasan diperkenalkan ke seluruh dunia Islam dan mencorak kebudayaan dan kesenian Islam.

Empayar_Sasan

621 6,600,000 km2 (2,500,000 bt2)
Ibu kota
Pemerintahan Monarki mutlak
• Pertempuran HormizdeganPertempuran Hormizdegan 28 April 224
• Empayar runtuh Empayar runtuh
Shahanshah  
Agama Zoroastrianisme,
Babylon, Manichaeisme, Hindu, Buddha, Kristian, Mandaeisme, Yahudi
Bahasa lazim Bahasa Parsi Tengah[4]
Bahasa Aramaik Tengah[5]
Era sejarah Antikuiti lewat
• Penaklukan Muslim 633–644
Hari ini sebahagian daripada
•  Perang Rom-Parsi 602–628
• 632–651 Yazdegerd III
• Perang saudara[6] 628-632
• 224–241 Ardashir I