Emulsi
Emulsi

Emulsi

Emulsi ialah satu campuran yang terdiri daripada dua bahan tak boleh campur (tak boleh bersebati), dengan satu bahan (fasa tersebar) tersebar di dalam fasa yang lain (fasa selanjar). Contoh-contoh emulsi termasuk mentega dan marjerin, mayones, belah filem stock yang fotopeka, serta bendalir pemotong untuk kerja logam. Bagi mentega dan marjerin, suatu fasa lipid yang selanjar mengelilingi titisan air (emulsi air dalam minyak). Pengemulsian adalah proses yang menyediakan emulsi.Emulsi-emulsi cenderung mempunyai wajah yang keruh kerana antara muka fasa (sempadan antara fasa-fasa dipanggil "antara muka") yang banyak akan menyerakkan cahaya yang merentasi emulsi. Emulsi adalah tidak stabil dan oleh itu, tidak dibentuk secara spontan. Pemasukan tenaga melalui menggoncang atau mengaduk, ataupun melalui penghomogen atau proses semburan diperlukan untuk membentuk emulsi. Dengan berlalunya masa, emulsi-emulsi cenderung kembali menjadi keadaan minyak terasing daripada air yang merupakan keadaan yang stabil. Bahan-bahan aktif permukaan (pembasuh) boleh meningkatkan kestabilan kinetik emulsi secara ketara supaya emulsi, ketika dibentuk, tidak akan banyak berubah dengan penyimpanan bertahun-tahun. Sos salad minyak dan cuka buatan sendiri merupakan suatu contoh emulsi tak stabil yang akan cepat terasing jika ia tidak digoncang secara berterusan. Fenomena ini dipanggil tautan, dan berlaku apabila titisan-titisan kecil bergabung semula untuk menjadi titisan yang lebih besar. Emulsi bendalir juga boleh dijejaskan oleh pengkriman, iaitu migrasi salah satu bahan ke bahagian atas emulsi di bawah pengaruh keapungan atau daya memusat ketika emparan digunakan.Emulsi-emulsi merupakan sebahagian kelas sistem jirim dua fasa yang lebih umum yang dipanggil koloid. Walaupun istilah 'koloid' dan 'emulsi' kekadang digunakan secara saling boleh tukar, emulsi cenderung menandakan bahawa kedua-dua fasa tersebar dan fasa selanjar adalah cecair. Terdapat tiga jenis ketakstabilan emulsi: