Epidemiologi Endometriosis

Endometriosis boleh memberi kesan kepada sebarang wanita, dari premenarche hingga postmenopause, tanpa mengambil kira bangsa, ethnic atau samaada mempunyai anak atau tidak. Endometriosis sering berkekalan walaupun selepas menopause. Dalam sesetengah kes luar biasa, gadis mungkin mengalami endometriosis sebelum mereka mencapat tempoh matang mula haid menarche.[1][2]

Angaran masa kini meletakkan jumlah wanita mengidap endometriosis sekitar 5% dan 20% dari wanita dalam usia tempoh melahirkan anak. Sekitar 30% hingga 40% dari wanita dengan endometriosis adalah mandul, menjadikannya punca utama kemandulan. Bagaimanapun, kemandulan berkait dengan endometriosis sering kali dirawat dengan jayanya melalui pembedahan menghapuskan penyakit ini. Sesetengah wanita tidak mengetahui bahawa mereka mengalami endometriosis sehingga mereka sukar mengandung. Sementara kehadiran endometriosis teruk mengherotkan bentuk pangkal rahim dan dengan itu menjelaskan kemandulan, hubungan antara endometriosis awal atau serdahana dan kemandulan tidak jelas. Hubungan antara endometriosis dan kemandulah menjadi bidang penyelidikan yang aktif.

Endometriosis awal biasanya berlaku pada permukaan organ di pangkal rahim dan kawasan antara perut (intraabdominal. Bidang perubatan mungkin mengelar kawasan endometriosis menggunakan nama berlainan, seperti implants, lesion, atau nod (nodules). Lesion mungkin dilihat dalam ovari sebagai endometriomas atau cysts perang (Ia dinamakan perang kerana ia mengandungi cecair keperangan pekat, kebanyakannya darah lama). Endometriosis mungkin mencetus tindak balas keradangan mendorong kepada kesan parut dan perlekatan.

Kebanyakan endometriosis terdapat pada struktur dikawasan rongga pangkal rahim:

Endometriosis mungkin merebak ke pangkal rahim dan faraj atau kepada tempat bekas torehan pembedahan abdomen. Dalam kes yang luar biasa, kawasan endometriosis mampu tumbuh dibahagian paru-paru atau bahagian lain badan.

Secara pembedahan, endometriosis boleh dikelaskan tahap I-IV (Pengelasan Semula American Society of Reproductive Medicine).