Punca Endometriosis

Sungguhpun punca sebenar endometriosis kekal tidak diketahui, banyak teori telah dikemukakan untuk lebih memahami dan menjelaskan perkembangannya. Konsep ini tidak semestinya menafikan sesama sendiri.

  1. Endometriosis merupakan keadaan yang disebabkan oleh estrogen berlebihan yang dihasilkan oleh tubuh wanita, dan timbul kebanyakannnya semasa tahun melahirkan anak. Dalam model ujian, estrogen berlebihan perlu bagi menghasilkan atau mengekalkan endometriosis. Terapi perubatan biasanya bertujuan mengurangkan aras estrogen bagi mengawal masaalah ini. Ia dijangkakan (hipothesized) bahawa aras estrogen berlebihan boleh diukur oleh wanita dengan mengambil suhu pagi (dengan menggunakan jangka suhu menunjukkan titik perpuluhan) pada masa yang sama setiap hari selama sebulan atau dua. Untuk mengetahui cara mengambil suhu badan semasa sedar, rujuk buku: "Taking Charge of Your Fertility" oleh Toni Weschler, MPH. Suhu badan wanita normal sekitar 98.5 hingga 97.5 darjah Fahrenheit (36.9 hingga 36.3 darjah Selsius), bagaimanapun ia dihipothesis bahawa seseorang yang mempunyai endometriosis mungkin melihat suhu 98.5 hingga 97.0 °F (36.9 hingga 36.1 °C). Suhu lebih rendah mewakili fasa estrogen normal dalam kitaran wanita normal, dengan itu secara logik wanita dengan suhu badan rendah berlebihan, mungkin mempunyai paras estrogen berlebihan, dengan itu mempunyai endometriosis. Penyelidikan diperlukan bagi memastikan ketepatan menggunakan suhu sedar bagi mendiagnose endometriosis dan tahapnya. Tambahan lagi, penyelidikan terkini mengenai Aromatase, enzim penghasil estrogen dihasilkan oleh implant itu sendiri, telah memberikan bukti mengenai kenapa dan bagaimana masaalah ini berkekalan selepas putus haid (menopause) dan hysterectomi.
  2. Haid berundur (Retrograde menstruation"), di mana sesetengah sisa haid mengalir kedalam pelvis, mungkin memainkan peranan penting (John A. Sampson). Sementara kebanyakan wanita mengalami aliran haid berundur (retrograde menstrual), biasanya sistem imunisasi mereka mampu menghapuskan sisa dan menghalang penanaman dan pertumbuhan sel sebegini dari berlaku. Bagaimanapun bagi sesetengah pesakit, tisu endometrial tertanam oleh haid terbalik dan mampu tumbuh sebagai endometriosis. Faktor yang mungkin menyebabkan tisu untuk tumbuh dalam sesetengah wanita, tetapi tidak bagi yang lain, perlu dikaji, dan sesetengah punca dibawah mungkin mampu memberikan penjelasan, contoh. faktor perwarisan, toxin, atau sistem imunisasi lemah. Ia boleh dikatakan bahawa haid biasa yang berlaku secara tetap bulan demi bulan selama beberapa abad, adalah fenomena moden, kerana di masa lalu wanita mengalami rehat haid disebabkan mengandung dan menyusukan anak.
  3. Teori saingan mencadangkan bahawa endometriosis tidak mewakili endometrium tertanam tetapi bermula de novo dari sel tunjang tempatan. Proses ini telah dirujuk sebagai coelomik metaplasia. Picu pelbagai jenis (termasuk haid, toxin, atau faktor imunisasi) mungkin perlu bagi memulakan proses ini.
  4. Faktor pewarisan memainkan peranan. Ia jelas diterima bahawa anak atau saudara pesakit yang mempunyai endometriosis berisiko besar bagi mengalami endometriosis sendiri. Kajian terbaru (2005) diterbitkan dalam American Journal of Human Genetics mendapati kaitan antara endometriosis dan khromosom 10q26.[3] Satu kajian mendapati bahawa, dalam saudara perempuan bagi pesakit dengan endometriosis risiko bandingan bagi endometriosis dalah 5.7:1 berbanding penduduk kawalan.[4]
  5. Ia diterima bahawa bagi pesakik tertentu endometriosis mampu merebak secara langsung. Dengan itu endometriosis telah dijumpai pada kesan torehan pembedahan selepas pembedahan bagi endometriosis.
  6. Kadang-kala endometriosis mungkin dipindah melalui darah atau oleh sistem lymphatic kepada organ pinggiran (peripheral) (seperti. paru-paru, otak).
  7. Kajian terkini mensasar kemungkinan sistem imunisasi gagal menangani bebanan kitaran cecair haid terbalik (retrograde menstrual). Dalam konteks ini terdapat minat bagi mengkaji kaitan antara endometriosis dengan penyakit autoimmune, reaksi alahan, dan kesan toxins.[5]

Satu lagi bidang penyelidikan adalah pencarian bagi penanda endometriosis. Penanda ini adalah bahan yang terhasil atau tindak balas kepada endometriosis yang boleh diukur dalam darah, kencing, atau suhu berjalan harian. Sekiranya penanda boleh dikenal pasti, pembekal kesihatan mampu menguji endometriosis melalui ujian darah, kencing tau suhu berjalan wanita, yang mungkin mengurangkan keperluan bagi pembedahan. CA-125 diketahui meningkat dalam pesakit dengan endometriosis,[6] tetapi bukannya penunjuk khusus bagi endometriosis.