Simptom Endometriosis

Simptom utama endometriosis adalah sakit teruk berulang. Kesakitan yang dialami tidak semestinya berkait dengan tahap (1 hingga 4) endometriosis. Sesetengan wanita hanya sakit sedikit atau tiada rasa sakit sungguhpun mengalami endometriosis teruk menjejaskan kawasan yang luas atau endometriosis dengan berparut. Sebaliknya, wanita mungkin mengalami kesakitan teruk sungguhpun hanya mengalami endometriosis kecil.

Simptom endometriosis termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

  • Kesakitan, kadang-kala kekejangan haid yang melumpuhkan (dysmenorrhea); sakit yang semakin teruk (sakit meningkat)
  • Sakit kronik (biasanya bahagian bawah belakang dan kawasan pinggul (pelvic), juga bahagian perut abdomen)
  • Sakit ketika bersenggama (dyspareunia)
  • Sakit ketika membuang air besar atau kecil (dysuria)
  • Haid yang banyak (menorrhagia)
  • Mual dan muntah-muntah
  • Pra-haid atau antara haid (pendarahan antara tempoh haid)
  • Mandul dan separa mandul. Endometriosis mungkin mendorong kepada tiub fallopian tersekat. Walaupun tanpa masalah ini, terdapat kesukaran mengandung. Baggi sesetengah wanita, separa mandul adalah simptom tunggal, dan endometriosis hanya disedari semasa pemeriksaan kesuburan.

Tambahan lagi, wanita yang di diagnos dengan endometriosis mungkin mempunyai simptom masalah perut (gastrointestinal) yang menyerupai sindrom dubur gatal irritable bowel syndrome, termasuk sentiasa letih.

Pesakit yang pecah karung endometriotik mungkin mengalami sakit perut akut (acute abdomen) sebagai kecermasan perubatan. Karung Endometriotik terdapat dalam ruang thoracic mungkin menyebabkan satu bentuk sindrom endometriosis thoracic, biasanya catamenial pneumothorax.