Sejarah Endoskopi

Endoskop, sepertinya, dibangunkan pada 1806 oleh Philip Bozzini dengan pengenalan "Lichtleiter" (pengalir cahaya) "bagi pemeriksaan salur dan rongga dalam badan manusia". Bagaimanapun, Vienna Medical Society tidak menggalakkan usaha ingin tahu seperti itu. Endoskop pertama kali diperkenalkan pada tahun 1822 bagi manusia oleh William Beaumont, pakar bedah tentera di Pulau Mackinac, Michigan. Penggunaan cahaya eletrik merupakan langkah besar dalam peningkatan endoskopkopi. Cahaya sepertinya adalah luaran. Kemudian, mentol lebih kecil di dapati membolehkan cahaya dalaman digunakan, sebagai contoh bagi hysteroskopi oleh Charles David pada 1908. Hans Christian Jacobaeus telah diberikan pengesahan bagi penjelajahan endoskopik awal pada abdomen dan thorax dengan menggunakan laparoskopi (1912) dan thoracoskopi (1910). Laparoskopi digunakan bagi diagnosis penyakit hati dan hempedu oleh Heinz Kalk pada tahun 1930-an. Hope melaporkan bahawa pada 1937 mengenai kegunaan laparoskopi bagi mendiagnos kehamilan ektopik. Pada tahun 1944, Raoul Palmer meletakkan pesakitnya pada kedudukan Trendelenburg selepas mengembung perut menggunakan gas dan dengan itu mampu melaksanakan laparoskopi gynecologi.