Engku_Ibrahim_Engku_Ngah

Y.M Tan Sri Dato' Sri Engku Ibrahim Engku Ngah merupakan bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Beliau berasal dari Besut, Terengganu Darul Iman. Setiap kali awal awal bulan Syawal serta Hari raya Haji, beliau akan muncul di kaca televisyen RTM dan TV3 untuk mengumumkan tarikh penting kepada rakyat Malaysia terutama umat Islam tentang bila permulaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam 11.12.2012.Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011

Engku_Ibrahim_Engku_Ngah

Lahir (1932-04-15)15 April 1932
Tempat persemadian Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Didahului oleh Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof
A. Rahim bin Kassim (memangku)
Pasangan • Tengku Zahab Tengku Embong Abdullah
• Tengku Kalsum Tengku Wuk Mahmud
Digantikan oleh Syed Danial Syed Ahmad
Bapa Engku Ngah Al-Idrus
Meninggal dunia 11 Disember 2012(2012-12-11) (umur 80)
Saudara Engku Emran Engku Zainal Abidin (anak saudara)
Engku Aleesya Engku Emran (cucu saudara)
Ibu Aminah Abdul Rahman