Sejarah Enjin_diesel

Rencana utama: Rudolf Diesel

Rudolf Diesel, seorang warganegara Jerman, dilahirkan pada tahun 1858 di Paris di mana ibu bapanya merupakan pendatang dari Bavaria.[2] Beliau memperoleh pendidikan di Politeknik Munich. Setelah bergraduat, beliau bekerja sebagai jurutera peti sejuk, tetapi keinginan utamanya adalah pada reka bentuk enjin. Diesel mereka bentuk pelbagai jenis enjin haba, termasuklah enjin udara kendalian kuasa solar. Pada tahun 1893, beliau menerbitkan satu kertas kerja mengenai sebuah enjin pembakaran dalaman. Pada tahun 1894, beliau memfailkan paten bagi ciptaan terbarunya iaitu enjin diesel. Diesel nyaris-nyaris terbunuh apabila enjin percubaannya itu meletup. Walau bagaimanapun, enjinnya itu adalah yang pertama membuktikan bahawa bahan api boleh dibakar tanpa memerlukan palam pencucuh. Beliau mengendalikan enjin pertamanya yang berjaya dibina pada tahun 1897.

Pada tahun 1898, Diesel dikurniakan U.S. Patent 608,845 bagi "enjin pembakaran dalaman".

Di Augsburg, pada 10 Ogos 1893, model perdana Rudolf Diesel, enjin silinder besi tunggal 3.0 m dengan roda tenaga pada bahagian dasarnya, bergerak sendiri buat pertama kalinya. Diesel menghabiskan masa dua tahun bagi menambah baik enjin tersebut dan pada tahun 1896 beliau melakukan demonstrasi model keduanya dengan kecekapan teori sejumlah 75%, tidak seperti enjin wap yang hanya menghasilkan kecekapan 10%. Menjelang tahun 1898, Diesel menjadi seorang jutawan. Enjinnya digunakan di loji janakuasa elektrik dan air, kereta dan lori, serta kapal air. Ia turut digunakan di lombong-lombong, loji carigali minyak, kilang-kilang, serta kapal-kapal besar.

Rujukan

WikiPedia: Enjin_diesel http://www.denso.com.au/products/aftermarket_autom... http://www.tc.gc.ca/programs/environment/etv/vgt-e... http://www.analog.com/en/technical-library/faqs/de... http://www.autobloggreen.com/2007/08/26/abg-tech-a... http://www.dieseltechniciantraining.com/natef-dies... http://www.factsaboutscr.com http://www.greencarcongress.com/2008/02/european-a... http://auto.howstuffworks.com/diesel.htm http://www.marineenginedigest.com/ http://openticle.com/mechanical-science-handbook/d...