Ensiklopedia
Ensiklopedia

Ensiklopedia

Ensiklopedia (atau ensaiklopedia) ialah sejenis karya rujukan, sebuah kompendium mengandungi ringkasan maklumat daripada semua cabang ilmu atau secara khusus.[1] Ensiklopedia terbahagi kepada beberapa artikel atau entri, iaitu selalunya tersusun mengikut abjad melalui tajuk artikel. Kemasukan ensiklopedia lebih panjang dan terperinci berbanding kamus-kamus biasa.[2] Umumnya, tidak seperti kemasukan kamus yang hanya fokus kepada maklumat linguistik perkataan, artikel-artikel ensiklopedia bertumpu kepada fakta meliputi isi atau konsep tajuk artikel tersebut.[3]Terdapat pelbagai jenis ensiklopedia. Ada yang bersifat umum, contohnya Encyclopædia Britannica dalam bahasa Inggeris dan Brockhaus Enzyklopädie dalam bahasa Jerman, dan ada juga yang bersifat khusus untuk sesuatu bidang, sama ada dalam bidang perubatan, falsafah, undang-undang dan lain-lain. Manakala sesetengah ensiklopedia lain pula mungkin condong pada sesuatu pandangan, contohnya Bolshaya Sovetskaya Entsiklopediya.