Eksperimen Enzim

  • Pernyataan masalah : Apakah kesan pH ke atas aktiviti enzim?
  • Pembolehubah dimanipulasikan : pH larutan
  • Pembolehubah dimalarkan : Suhu larutan
  • Pembolehubah bergerak balas : Penguraian substrat oleh enzim.
  • Hipotesis: Pepsin bertindak balas paling berkesan dalam keadaan berasid.
  • Radas dan bahan : Tabung uji; picagari; corong turas; termometer; jam randik; bikar; penunu bunsen; kertas pH; tungku kaki tiga; kasa dawai; ampaian albumen; larutan pepsin 1 %; asid hidroklorik, HCl 0.1 M; larutan natrium hidroksida, NaOH 0.1 M.

Prosedur :

  1. Tiga tabung uji dilabelkan P,Q,R. 2cm3 albumen dan larutan pepsin dimasukkan dalam setiap tabung uji.
  2. 2 cm3 HCl dimasukkan dalam tabung uji P. 1 cm3 masing-masing HCl dan NaOH dimasukkan dalam tabung uji Q manakala 2 cm3 NaOH dimasukkan dalam tabung uji R.
  3. pH larutan campuran di dalam setiap tabung uji ditentukan dengan menggunakan kertas pH.
  4. Kesemua tabung uji direndamkan di dalam kukus air pada suhu 37oC selama 20 minit.
  5. Isi kandungan tabung uji itu diperhatikan.

Keputusan: Hanya tabung uji P kelihatan jernih. Ampaian albumen boleh dilihat dengan jelas dalam tabung uji Q dan R.

Perbincangan:

  1. Tabung uji P,Q dan R direndam di dalam kukus air pada suhu 37oC kerana suhu ini merupakan suhu optimum bagi enzim untuk bertindak balas dengan substrat.
  2. Pada akhir eksperimen, isi kandungan dalam tabung uji P menjadi jernih kerana albumen telah diuraikan oleh protein.
  3. Pepsin menguraikan albumen dalam keadaan berasid.

Kesimpulan :

Aktiviti enzim dipengaruhi oleh pH.

Pada tahun 1958, Daniel Koshland telah mencadangkan hipotesis kunci dan mangga. Enzim merupakan struktur yang fleksibel. Tapak aktif enzim boleh diubahsuai semasa substrat bertindak balas dengan enzim. Tapak aktif yang dibina oleh asid amino adalah seperti acuan getah; mampu mengembang dan menguncup mengikut bentuk substratnya. Kadang kala, molekul substrat pula yang berubah sedikit apabila membuat ikatan dengan tapak aktif enzim.