Er_Teck_Hwa
Er_Teck_Hwa

Er_Teck_Hwa

Er Teck Hwa (lahir 17 Disember 1972) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan mantan Ahli Parlimen bagi kawasan P145 Bakri, Johor menwakili Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi 2 penggal dari 2008 hingga 2018. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional-MCA, Tay Puan Chuan dengan majoriti sebanyak 722 undi. Beliau memperolehi 21,051 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 20,329 undi. Beliau mengekalkan kemenangan beliau untuk kerusi parlimen itu dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013.