Eric_Chia

Tan Sri Eric Chia Eng Hock (Cina: 谢英福) atau lazimnya dikenali sebagai Eric Chia merupakan jutawan di Malaysia dan merupakan bekas pengerusi Perwaja Steel. Pada bulan Jun 2007, Chia dibebaskan daripada tuduhan melakukan pecah amanah jenayah kerana menggelapkan wang syarikat Perwaja Rolling Mill and Development Sdn Bhd sebanyak RM$76.4 juta pada 19 Februari 1994 sewaktu memegang jawatan Pengarah Urusan.Eric Chia meninggal dunia pada pukul 9.00 pagi, 24 Jun 2008 di sebuah hospital di Sungai Petani selepas mengalami kesusahan bernafas.