Ericales

Pengarang berwibawa: Dumort., 1829Ericales merupakan sebuah susunan dikotiledon yang besar dan berbeza-beza. Susunan ini merangkumi pelbagai jenis bentuk hidupan, termasuk pokok, pokok renek, pokok akar dan pokok herba. Bersama-sama dengan tumbuhan autofit yang biasa, Ericales merangkumi tumbuhan mikoheterotrofi kurang klorofil (umpamanya Sarcodes sanguinea) dan tumbuhan karnivor (umpamanya genus Sarracenia). Banyak spesies mempunyai lima kelopak bunga tergabung.Mikoriza ialah suatu sifat yang menarik yang sering dikaitkan dengan Ericales. Simbiosis dengan kulat akar agak biasa di kalangan tumbuhan susunan ini, dan terdapat juga tiga jenis yang tersendiri dalam Ericales, iaitu mikoriza erikoid, arbutoid, dan montropoid. Tambahan pula, sebilangan famili dalam susunan ini terkenal untuk keupayaan yang luar biasa untuk mengumpulkan aluminium (Jansen et al., 2004).Ericales merupakan susunan kosmopolitan. Kawasan taburan famili-familinya amat berbeza; ada yang hanya terhad kepada kawasan tropika, dan ada juga yang wujud terutamanya di kawasan artik dan kawasan iklim sederhana. Seluruh susunan ini mengandungi melebihi 8,000 spesies, dan 2,000-4,000 spesies daripada bilangan itu termasuk dalam famili Ericaceae.