Ernst_Kaltenbrunner
Ernst_Kaltenbrunner

Ernst_Kaltenbrunner

Ernst Kaltenbrunner (4 Oktober 1903 – 16 Oktober 1946) adalah seorang pegawai kanan Jerman Nazi yang berkelahiran Austria semasa Perang Dunia II. Seorang Obergruppenführer (Leftenan Jeneral) dalam Schutzstaffel (SS), antara Januari 1943 dan Mei 1945 beliau menyandang jawatan Ketua Jabatan Keselamatan Utama Reich Reichssicherheitshauptamt; RSHA). Beliau merupakan pegawai tertinggi SS yang dibicarakan dalam Perbicaraan Nuremberg. Beliau telah didapati bersalah kerana jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan dan dijatuhi hukuman mati.

Ernst_Kaltenbrunner

Lahir 4 Oktober 1903
Ried im Innkreis, Austria Atas, Austria-Hungary sekarang Austria
Pangkat Obergruppenführer und General der Polizei und Waffen-SS
Didahului oleh Arthur Nebe
Kerakyatan Austria
Alma mater Universiti Graz
Digantikan oleh Tiada
Tahun perkhidmatan 1940–1945
Profesion Peguam
Parti politik Parti Nazi (NSDAP)
Kesetiaan  Jerman Nazi
Meninggal dunia 16 Oktober 1946 (umur 43 tahun)
Nuremberg, Bavaria, Jerman taklukan Bersekutu
Perkhidmatan/cawangan Schutzstaffel
Dilantik oleh Adolf Hitler

Berkaitan