Erti_Hidup

Lagu Erti Hidup merupakan sebuah lagu berirama Melayu yang disampaikan oleh penyanyi popular Dayang Nurfaizah pada tahun 2004 yang mana pada awalnya adalah sebuah lagu untuk modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang pertama. Ia hanya diterbitkan untuk siaran program tersebut. Namun atas inisiatif Dayang, lagu ini berjaya dimuatkan dalam album solo keempatnya yang berjudul Dayang Sayang Kamu pada penghujung tahun 2004. Lagu ini mencipta kejayaan manis apabila dinobatkan sebagai Juara Kategori Etnik Kreatif di Anugerah Juara Lagu ke-19 pada tahun 2005.

Erti_Hidup

Dikeluarkan pada 17 Mac 2004
Penerbit Dayang Nurfaizah
Penulis Afdlin Shauki & Aji
Format CD (Limited), Airplay
Panjang -
Genre Masri, Melayu, Pop
Syarikat DNAD Entertainment