Escherichia_coli
Escherichia_coli

Escherichia_coli

bahasa & rujukanBacillus coli communis Escherich 1885Escherichia coli (biasanya diringkaskan kepada E. coli; disebut / ˌ/[invalid input: 'icon']ˌɛʃəˈrɪkiə ˈkoʊlaɪ/ /, dinamakan bersempena dengan Theodor Escherich) adalah bakteria gram negatif berbentuk batang/basilus/rod yang umum ditemui di usus bawah organisma berdarah panas (endotermik). Kebanyakan strain E. coli tidak berbahaya, tetapi terdapat beberapa jenis/strain, seperti serotip O157: H7, boleh menyebabkan keracunan makanan yang serius pada manusia, dan kadang-kala ini menyebabkan produk makanan dipanggil balik.[1][2] Strain tidak berbahaya ini sebenarnya adalah sebahagian daripada unsur alam flora usus yang normal bersama dengan jenis bilion strain yang jahat dan baik yang lain. Strain ini juga boleh menguntungkan perumah mereka dengan menghasilkan vitamin K2,[3], dan dengan mencegah pembentukan bakteria patogen dalam usus.[4][5]E. coli tidak hanya terbatas untuk hidup di usus sahaja, strain ini juga berkemampuan untuk bertahan hidup bagi jangka masa yang singkat di luar tubuh lantas membuatkan mereka suatu jenis organisma penunjuk yang ideal untuk menguji sampel persekitaran bagi pencemaran najis seperti tahi.[6][7] Bakteria ini juga boleh berkembang biak dengan mudah, dan genetiknya mudah untuk dimanipulasikan atau digandakan melalui proses metagenik, menjadikannya salah satu daripada model organisma terbaik prokariotik untuk didalami dan dipelajari, dan merupakan spesies penting dalam bidang kajian bioteknologi dan mikrobiologi.E. coli ditemui oleh seorang doktor watan Jerman dan ahli bakteriologi iaitu Theodor Escherich pada tahun 1885[6] and is now classified as part of the Enterobacteriaceae family of gamma-proteobacteria.[8], dan sekarang strain ini diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada Enterobacteriaceae dalam keluarga gamma-proteobakteria.[9]