Kerjaya Esma_Daniel

Esma Daniel merupakan salah seorang dari finalis Hero Remaja 1990/91 bersama Badrul Muhayat dan Azhar Sulaiman; beliau meraih gelaran juara. Selepas Hero Remaja tamat, Esma ditawarkan membintangi filem pertamanya, Interlud arahan Othman Zainuddin yang ditayangkan pada 1992, turut dibintangi oleh Louisa Chong dan Wan Maimunah. Beliau muncul pula menerusi filem XX Ray arahan Aziz M. Osman.

Beliau juga pernah membintangi telefilem Neon arahan Mohamed Feroz Abdul Kadir bersama ramai pelakon termasuk Rita Rudaini, Azhar Sulaiman, Danny X-Factor, Melissa Saila, Abby Abadi, Vanidah Imran, Rashidi Ishak dan ramai lagi.[3]

Esma menduduki kerusi pengarah menerusi filem sulung arahannya, Zaiton: Ceritaku yang berkisarkan tentang kehidupan dan kerjaya penyanyi veteran terkenal era 80-an, Zaiton Sameon.[4] Beliau memegang watak sebagai Inspektor Zamri dalam filem aksi jenayah, KL Special Force arahan Syafiq Yusof lakonan Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin. Filem ini ditayangkan pada 8 Mac 2018 dan merupakan kejayaan komersial dan kritis.[5]