Bahasa Estonia

Satu-satunya bahasa rasmi negara, bahasa Estonia, adalah ahli bahasa-bahasa Finnik yang merupakan cabang bahasa-bahasa Ural. Dengan demikian, bahasa Esti berkerabat dekat dengan bahasa Suomi (Finland), yang dipertuturkan di sisi lain Teluk Finland, dan merupakan salah satu daripada sedikit bahasa-bahasa Eropah yang bukan berasal dari rumpun bahasa Indo-Eropah. Walaupun terdapat beberapa tumpang tindih dalam kosa kata kerana masing-masing saling pinjam, dalam hal asal-usulnya, bahasa Esti dan Suomi tidak berkerabat dengan jiran geografi terdekat mereka, bahasa Sweden, bahasa Latvia, dan bahasa Rusia, yang kesemuanya adalah bahasa-bahasa Indo-Eropah.

Bahasa Rusia masih dipertuturkan sebagai bahasa kedua oleh etnik Estonia yang berusia 40-70 tahun, kerana bahasa Russia pernah menjadi bahasa tidak rasmi Republik Sosialis Soviet Estonia sejak tahun 1944 sampai 1991 dan diajarkan sebagai bahasa wajib kedua pada zaman Soviet. Pada tahun 1998, sebahagian besar pendatang industri generasi pertama dan kedua dari pelbagai bahagian bekas Kesatuan Soviet (terutama Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia) tidak berbahasa Estonia. Tetapi pada tahun 2010; 64,1% orang yang bukan etnik Estonia mampu berbahasa Estonia .

Sebahagian besar minoriti etnik yang berbahasa Rusia, menetap di ibu kota Tallinn dan kawasan bandar industri di County Ida-Viru. Di Paroki Noarootsi di County Lääne (dikenali sebagai Nuckö kommun dalam bahasa Bahasa Sweden dan Noarootsi vald dalam bahasa Bahasa Estonia), bahasa Sweden dan Esti adalah bahasa rasmi-pendamping, dan terdapat 22 kampung yang mempunyai nama rasmi dwibahasa.Bahasa asing yang paling lazim dipelajari oleh orang Estonia adalah bahasa Inggeris, Rusia, Suomi, Jerman, dan Sweden.