Demografi Estonia

Sebelum Perang Dunia II, etnik Estonia sebanyak 88% populasi, dengan minoriti nasional sejumlah 12%.Kumpulan-kumpulan minoriti yang terbesar pada tahun 1934 adalah bangsa Rusia, Jerman, Sweden, Latvia, Yahudi, Poland, Finland, dan Izhora dari Ingria . Proporsi Jerman Baltik berkurang dari 5,3% (~ 46.700) pada tahun 1881 menjadi 1,3% (16.346) pada tahun 1934.

Pada tempoh tahun 1945 sehingga 1989, perkadaran etnik Estonia dalam definisi sempadan Estonia saat ini menurun hingga angka 61%, terutamanya disebabkan oleh program Soviet yang menganjurkan imigresen besar-besaran pekerja industri bandar dari Rusia, Ukraine, dan Belarus, juga emigrasi peperangan dan pengusiran dan pengusiran beramai-ramai Stalin. Pada tahun 1989, minoriti menduduki perkadaran lebih daripada satu pertiga penduduk, ketika jumlah penduduk bukan-Estonia tumbuh hampir lima kali ganda.

Pada akhir dekad 1980-an, bangsa Estonia memandang perubahan demografi mereka sebagai malapetaka nasional. Ini adalah hasil dari polisi penghijrahan yang penting bagi Program Nasionalisasi Soviet yang bertujuan untuk merusiakan Estonia - imigresen tentera dan pentadbiran yang bersifat memaksa dari orang bukan-Estonia dari Kesatuan Soviet ditambah dengan pengusiran beramai-ramai orang Estonia ke Kesatuan Soviet. Semasa pembersihan, hingga 110.000 orang Estonia terbunuh atau terusir. Pada dekad berikutnya (selepas pemulihan kemerdekaan), emigrasi besar-besaran etnik Rusia dan penghapusan pangkalan-pangkalan tentera Rusia pada tahun 1994 menyebabkan perbandingan etnik Estonia di Estonia mengalami kenaikan dari 61% menjadi 69% pada tahun 2006.

Estonia moden adalah negara yang cukup heterogen dilihat dari komposisi etnik yang dimilikinya, tetapi keheterogenan ini tidak menjadi ciri am, kerana penduduk bukan-Estonia berpusat di dua county. Tiga belas dari 15 county Estonia menampung 80 peratus etnik Estonia, yang paling homogen adalah Hiiumaa, di mana etnik Estonia sebanyak 98,4% penduduk. Bagaimanapun, di County Harju (termasuk ibu kota, Tallinn) dan County Ida-Viru, etnik Estonia masing-masing mencapai 60% dan 20% populasi. Orang Rusia mencapai 25,6% keseluruhan populasi, 36%-nya berada di County Harju, dan 70%-nya berada di County Ida-Viru.

Undang-undang tentang Autonomi Kebudayaan bagi Suku Bangsa Minoriti diloloskan pada tahun 1925, menjadi yang pertama di Eropah pada saat itu. Otonomi kebudayaan boleh diberikan kepada kaum minoriti yang populasinya lebih daripada 3,000 orang dengan ikatan telah lama terjalin dengan Republik Estonia. Sebelum pendudukan Soviet, kaum minoriti Jerman dan Yahudi mengadakan pemilihan umum untuk memilih dewan kebudayaan. Undang-undang tentang Autonomi Kebudayaan bagi Suku Bangsa Minoriti dikuatkuasakan kembali pada tahun 1993. Berdasarkan sejarahnya, ada banyak bahagian dari pesisir utara-barat dan kepulauan Estonia telah diduduki oleh etnik asli tempatan, yakni Rannarootslased (Orang Sweden Pesisir).

Sebahagian besar penduduk Sweden di Estonia, yakni sebanyak 3.800 berpindah ke Sweden atau diusir pada tahun 1944, menghindarkan diri dari merebaknya Tentera Merah. Pada tahun-tahun kebelakangan, sejumlah Orang Sweden Pesisir mula membanyak kembali, pada tahun 2008 hampir sebanyak 500 orang, kerana adanya reformasi pemilikan (property) pada permulaan dekad 1990-an. Pada tahun 2005, minoriti Finland Ingria di Estonia memilih sebuah dewan kebudayaan dan diberi autonomi kebudayaan. Minoriti Sweden Estonia juga menerima otonomi kebudayaan pada tahun 2007.