Geografi Estonia

Sempadan darat Estonia dengan Latvia sepanjang 267 kilometer; dengan Rusia sepanjang 290 kilometer. Dari tahun 1920 sampai 1945, sempadan Estonia dengan Russia, ditentukan oleh Traktat Perdamaian Tartu 1920, melintasi Sungai Narva di timur-laut dan melintasi bandar Petseri di tenggara. Wilayah ini, seluas 2,300 km ², digabungkan ke dalam Rusia oleh Stalin pada akhir Perang Dunia II. Untuk alasan inilah sempadan antara Estonia dan Rusia masih belum terdefinisi dengan baik hingga kini.

Estonia terletak di pantai timur Laut Baltik, melintasi Teluk Finland dari Finland, di bahagian barat-laut serambi timur Eropah, antara 57,3 ° sampai 59,5 ° N dan 21,5 ° sampai 28,1 ° BT. Wilayah Estonia sedikit lebih luas daripada Switzerland, sebahagian besar rata dengan sedikit variasi lekukan. Purata ketinggian hanya mencapai 50 m dan titik tertinggi negara ini adalah Suur Munamägi di tenggara pada 318 m. Ada sepanjang 3.794 km garis pantai yang ditandai oleh beberapa pantai, selat, dan teluk. Banyaknya pulau besar dan pulau kecil adalah sejumlah 1,500 buah. Dua di antaranya cukup besar untuk memuatkan beberapa county berasingan: Saaremaa dan Hiiumaa.Pulau terjauh adalah Ruhnu seluas 11,9 km ². Terdapat kluster kawah meteorit yang kecil, yang terbesar di antaranya adalah Kaali yang berada di Saaremaa, Estonia.

Estonia berada di bahagian utara zon iklim sedang dan dalam zon peralihan antara iklim lautan dan iklim kontinental. Estonia mempunyai empat musim yang panjang masing-masing periodenya hampir sama. Suhu purata berkisar dari 16,3 ° C di kepulauan Baltik sampai 18,1 ° C di daratan utama pada bulan Julai, bulan terhangat, dan dari -3,5 ° C di kepulauan Baltik sampai -7,6 ° C di daratan utama pada bulan Februari, bulan paling sejuk. Suhu tahunan purata di Estonia adalah 5,2 ° C.Jumlah hujan purata pada tahun 1961-1990 berkisar pada 535 mm sampai 727 mm per tahun.

Salji yang tebal meliputi bahagian tenggara Estonia, biasanya berlangsung dari pertengahan Disember sampai akhir Mac. Estonia mempunyai lebih dari 1.400 tasik. Sebahagian besar dari tasik-tasik ini bersaiz kecil, yang terbesar adalah Tasik Peipsi dengan luas keseluruhan 3.555 km ², hanya setengahnya termasuk dalam wilayah Estonia, sebahagian lagi dimiliki Rusia. Tasik penting yang lain terletak di tengah-tengah negara ini, iaitu Võrtsjärv (270 km ²). Selain tasik, Estonia juga punya beberapa rawa.