Estrogen
Estrogen

Estrogen

Estrogen merupakan satu kelompok sebatian yang dinamai sempena kepentingannya dalam kitaran pembiakan haid mahupun estrus. Estrogen merupakan hormon seks betina utama. Estrogen semula jadi semestinya hormon steroid, sementara sesetengah estrogen sintetik (buatan) bukan steroid. Istilah estrogen datang dari bahasa Yunani iaitu terdiri daripada οἶστρος (oistros), yang bererti "langau" secara harfiah tetapi juga kata kiasan bagi keberahian atau nafsu seksual,[1] dan akhiran -gen, yang bermaksud "pengeluar".Estrogen disintesiskan bagi semua vertebrat[2] dan juga sesetengah serangga.[3] Kehadirannya dalam vertebrata dan serangga membayangkan bahawa hormon seks estrogenik mempunyai sejarah evolusi yang purba.Seperti semua hormon steroid, estrogen senang membaur ke seluruh membran sel. Setelah memasuki sel, estrogen mengikati dan menghidupkan reseptor estrogen yang natijahnya mengubah-ubah pernyataan kebanyakan gen.[4] Tambahan pula, estrogen pernah didapati menghidupkan suatu reseptor berganding protein G, iaitu GPR30.[5]