Eugenik

Eugenik[a][nota 1] (dari akar bahasa Yunani εὐγενής eugenes 'berketurunan baik'; daripada εὖ eu, 'baik' dan γένος genos, 'bangsa, keturunan')[1][2] ialah falsafah sosial yang terdiri daripada suatu kepercayaan memperbaiki mutu genetik populasi umat manusia[3][4] melalui penyingkiran orang-orang berpenyakit dan cacat serta memperbanyakkan individu sihat fizikal badan.[5]Pada abad ke-20, banyak negara melakukan pelbagai usaha yang bertujuan mencapai ketulenan genetik ini seperti memaksa pengguguran kandungan, genosida, pengendalian kelahiran, penyelidikan genetik, serta undang-undang yang melarang berkahwin dengan kelompok tertentu.