Eurabia

Eurabia merupakan ungkapan / istilah baru politik yang merujuk kepada pertambahan penduduk Islam di Eropah , disebabkan oleh imigresen yang berterusan dan kadar kelahiran tinggi , sehingga menjadi majoriti dalam tempoh beberapa generasi . Istilah ini menyamakan Saudi atau Arab dengan Islam .Istilah ini diperkenalkan oleh Bat Ye'or seorang penulis Yahudi British -Mesir selepas menulis buku pada 2005 bertajuk "Eurabia: Axis Euro-Arab" , merujuk kepada dasar-dasar Euro-Arab , menjurus kepada anti - Amerika dan anti - Zionis . Istilah ini disamakan dengan 'Dhimmitude' juga diperkenalkan oleh Ye'or, yang melambangkan sikap penyerahan konsesi ke arah Islam.