Geografi Eurasia

Eurasia terletak bermula dari Hemisfera Utara menganjur ke Hemisfera Timur dan ke pesisir perairan timur Lautan Atlantik, kemudian menganjur ke sempadan tanah negara Portugal dan Sepanyol hingga ke utara Rusia yang menganjur sehinggalah ke tanah terakhir belah timur negara Rusia. Lalu unjuran ini membawa ke bahagian tebing pesisir pantai Selat Bering, dimana terletaknya lokasi diantara Lautan Artik dan lautan Pasifik. Sempadan utara benua adalah Rusia dan Scandinavia yang berjiran dengan Lautan Artik, sempadan bahagian paling utara Afrika, Lautan Mediterranean, sepanjang pesisir Lautan Hindi. Kemudian ia terus menganjur ke pesisir pantai-pantai barat daya Myanmar, pesisir pantai Thailand, seluruh pesisir pantai Semenanjung Malaysia hingga melalui pesisir pantai barat Laut China Selatan, kemudian menganjur ke utara, ke pesisir pantai Vietnam, sepanjang pesisir pantai belah timur tanah besar China, Semenanjung Korea sehinggalah ke seluruhan Semenanjung Kamchatka, hujung timur Rusia. Negara-negara yang terletak di bahagian paling timur Eurasia adalah Sepanyol, Yemen, India, Semenanjung Malaysia. Tanjung Piai, Malaysia adalah tanah paling terselatan bagi tanah besar benua Eurasia dan Asia keseluruhannya.[4] Pembahagian benua antara benua eropah dan Asia adalah disebabkan faktor sejarah dan pembinaan budaya sahaja, namun begitu jika dilihat dalam konteks bentuk muka bumi azali yakni dalam keadaan fizikal, kedua-dua benua ini berkongsi suatu medan tanah benua yang sama.[5]

Berkaitan