Eutheria (dari
Yunani ευθήριον, euthērion, bererti "binatang sejati") merupakan
klad yang terdiri daripada
primat dan semua mamalia lain—dalam kebanyakan order—yang lebih berkaitan rapat dengan primat berbanding
marsupial.
Placentalia merupakan klad yang bermula dengan leluhur sepunya terakhir kepada haiwan-haiwan Eutheria yang sedia ada. Oleh itu Placentalia merangkumi semua haiwan Eutheria yang wujud, maka Eutheria yang tidak beruri tentu sudah pupus; gambar di sebelah kanan menunjukkan sejenis haiwan sedemikian
Eomaia.Eutheria dibezakan daripada mamalia lain dengan pelbagai ciri kaki, buku lali, rahang dan gigi. Antara perbezaan utama antara Euteria beruri dan tanpa uri adalah yang beruri tiada
tulang epipubik yang terdapar pada semua mamalia hidup mahupun
fosil yang lain (
monotrema dan
marsupial).Spesies Eutheria tertua yang diketahui ialah
Juramaia sinensis, yang berusia 160 juta tahun dari zaman
Jura di China.
[1]Istilah "Eutheria" diperkenalkan oleh
Thomas Henry Huxley pada tahun 1880 dengan takrifan yang lebih luas daripada "Placentalia" yang dipakai sebelumnya.