Eva_Longoria
Eva_Longoria

Eva_Longoria

Untuk nama yang hampir, lihat Evan Longoria.Eva Jacqueline Longoria atau lebih dikenali sebagai Eva Longoria dilahirkan pada 15 Mac 1975 di Texas, Amerika Syarikat. Eva mempunyai tinggi 157 cm. Beliau pernah berkahwin dengan Tyler Christopher pada 20 Januari 2002 dan hanya bertahan sehingga 19 Januari 2004. Eva kemudian jatuh cinta dengan bintang NBA, Tony Parker dan mereka telah berkahwin pada 6 Julai 2007 secara sambutan sivil mengikut undang-undang Perancis. Pada hari berikutnya mereka seterusnya melangsungkan perkahwinan mengikut sambutan keagamaan di Église Saint-Germain l’Auxerrois, Paris. Bagaimanapun mereka kemudian bercerai pada 28 Januari 2011.Eva merupakan anak bongsu daripada empat orang adik beradik yang kesemuanya adalah perempuan dan dibesarkan di Corpus Christi, Texas. Eva juga merupakan graduan Texas A&M University-Kingsville dalam Sarjana Muda Sains Kinesiologi. Pada masa yang sama beliau diangkat sebagai "Miss Corpus Christi, USA" pada 1998. Kerjaya lakonannya semakin menyerlah apabila membintangi drama komedi bersiri "Desperate Housewives" dengan membawa watak sebagai Gabrielle Solis.

Eva_Longoria

Pasangan Tony Parker (2007–2011)
Tyler Christopher (2002 - 2004)
Tahun aktif 2000–kini
Laman web EvaLongoria.com
Kelahiran Eva Jacqueline Longoria
(1975-03-15) 15 Mac 1975 (umur 44)
Ketinggian 5' 2" (1.57 m)