Evolusi_KL_Drift
Evolusi_KL_Drift

Evolusi_KL_Drift

Evolusi KL Drift (digayakan dalam filem sebagai Evolusi: KL Drift; atau disebut sebagai KL Drift sahaja) merupakan sebuah filem aksi permotoran Malaysia 2008 arahan sulung Syamsul Yusof yang ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 3 April 2008.[1] Dibintangi oleh Syamsul Yusof, Farid Kamil, Aaron Aziz, Fasha Sandha dan Diana Danielle. Kesinambungan filem ini, Evolusi KL Drift 2 telah ditayangkan pada 25 Mac 2010. Filem ini merupakan arahan sulung Syamsul dan dikatakan telah dipengaruhi oleh filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift.[2]