Eyjafjallajökull
Eyjafjallajökull

Eyjafjallajökull

Eyjafjallajökull (ˈɛɪjaˌfjatlaˌjœkʏtl̥, "glasier gunung pulau") ( listen (bantuan·maklumat)) ialah salah sebuah glasier kecil di Iceland yang terletak di utara Skógar dan di barat glasier Mýrdalsjökull yang lebih besar.Litupan ais glasier ini melitupi sebuah gunung berapi (berketinggian 1,666 meter atau 5,466 kaki) yang kerap meletus sejak Zaman Air Batu, adakalanya membawa riolit kepada permukaan.[1] Gunung berapi ini meletus tiga kali pada tahun 2010, iaitu 20 Mac, 15 April dan 8 Mei. Letusan pada bulan April menyebabkan gangguan teruk dalam lalu lintas udara di seluruh Eropah Utara. Sebelum tahun 2010, gunung berapi Eyjafjallajökull pernah meletus pada tahun 1612, dan 1821 hingga 1823. Kawahnya berdiameter 3 kilometer (1.9 mi) dan glasiernya melitupi kawasan seluas 100 kilometer persegi (39 bt2).Hujung selatan gunung ini pernah menjadi garis tepi Lautan Atlantik. Sejak laut berundur lebih kurang 5 kilometer (3.1 mi), bekas garis tepi laut ini telah meninggalkan cenuram terjal dengan air terjun indah yang tak terkira, terutamanya Skógafoss. Dalam keadaan angin kencang, air terjun yang lebih kecil boleh ditiup ke arah gunung.

Rujukan

WikiPedia: Eyjafjallajökull http://scienceblogs.com/eruptions/2010/03/increasi... http://www.sciencedirect.com/science?_ob=ArticleUR... http://earthobservatory.nasa.gov/IOTD/view.php?id=... http://www.vedur.is/media/vedurstofan/utgafa/skyrs... http://www.vedur.is/um-vi/frettir/2010/nr/1831 http://wayback.vefsafn.is/wayback/20050622124628/w... http://www.millhouse.nl/eyjafjallajokull/ http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/8636461.stm http://www.metoffice.gov.uk/news/releases/archive/... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Eyjafj...