Kerjaya Ezzaty Abdullah

Ezzaty mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2012 dan telah membintangi beberapa telefilem dan drama Melayu, antaranya ialah, Asmara Beijing, Delina, Tanah Kubur dan Stella.

Selain itu, Ezzaty muncul dalam filem Kau Takdirku yang ditayangkan pada 7 September 2017. Filem ini juga membariskan aktor hebat seperti Remy Ishak, Bront Palarae, Kartina Aziz dan Aisya Hasnaa, filem arahan Jason Chong itu menampilkan kisah cinta tiga segi yang menyayat hati. Filem ini dikatakan mengambil masa empat tahun sebelum ditayangkan pada tahun 2017.[1]

Ezzaty merupakan salah seorang pelakon yang menjayakan drama online KL Gangster: Underworld arahan bersama Syafiq Yusof dan Faisal Ishak termasuk Azhan Rani, Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Nabila Huda dan lain-lain lagi. KL Gangster: Underworld yang merupakan rendisi daripada trilogi KL Gangster karya Syamsul Yusof memulakan siaran di iflix pada 16 Ogos 2018; Ezzaty memegang watak sebagai Elina.[2]

Berkaitan