FC_Schalke_04
FC_Schalke_04

FC_Schalke_04

FC Gelsenkirchen-Schalke 04 e.V. (singkatan FC Schalke 04 atau S04) ialah sebuah kelab bola sepak dari daerah Schalke, Gelsenkirchen, North Rhine Westphalia. Schalke merupakan antara pasukan paling popular di liga Jerman (Bundesliga), walaupun hanya sekadar memenangi beberapa kejayaan utama berbanding ketika zaman kegemilangan mereka pada tahun 1930-an dan awal 1940-an. Pasukan bola sepak ini merupakan sebahagian daripada kelab sukan tempatan yang mempunyai hampir 59,000 ahli (Januari 2007). Aktiviti lain kelab ini termasuklah bola keranjang, bola baling dan olahraga.