Faisal_ibn_Abdulaziz_Al_Saud
Faisal_ibn_Abdulaziz_Al_Saud

Faisal_ibn_Abdulaziz_Al_Saud

Faisal ibn Abdul Aziz Al Saud (14 April 1906 - 25 Mac 1975) (Arab: فيصل بن عبدالعزيز آل سعود) ialah Raja Arab Saudi dari tahun 1964 hingga tahun 1975.Raja Faisal dilahirkan di Riyadh dan merupakan anak keempat Raja ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud. Raja Faisal memerintah sekumpulan askar dan memenangi pertempuran di Hijaz. Oleh itu, dia dilantik menjadi Gabenor Hijaz pada tahun berikutnya. Selepas Arab Saudi ditubuhkan dia diberi jawatan Menteri Luar Negeri Arab Saudi pada tahun 1932.Selepas resolusi PBB mengenai pemecahan Palestin dan penubuhan Israel, Putera Faisal (masih belum menjadi raja) mendesak ayahandanya supaya memutuskan hubungan dengan Amerika Syarikat tetapi desakannya itu ditolak. Selepas peristiwa kewangan Raja Saud, Putera Faisal dilantik menjadi pemerintah sementara. Pada 2 November 1964, dia menjadi raja setelah Raja Saud melarikan diri ke Greece.Raja Faisal melakukan banyak reformasi sewaktu menjadi raja, antaranya ialah membenarkan kanak-kanak perempuan bersekolah, televisyen dan sebagainya. Usahanya ini mendapat tentangan daripada pelbagai pihak kerana mendakwa perkara-perkara ini bertentangan dengan Islam. Beliau berasa amat kecewa apabila Israel memenangi Perang Enam Hari pada tahun 1967.Pada tahun 1973, Raja Faisal memulakan satu program yang bertujuan untuk memajukan kekuatan tentera Arab Saudi. Pada 17 Oktober, beliau menarik balik minyak keluaran Arab Saudi daripada pasaran antarabangsa menyebabkan harga minyak naik mendadak.