Faizal_Hussein
Faizal_Hussein

Faizal_Hussein

Faizal Hussein (dilahirkan pada 31 Mei 1967) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau begitu menyerlah melalui filem arahannya bapanya, Hussein Abu Hassan, Gila-Gila Remaja sebagai Roy. Ibunya pula ialah Mahyon Ismail.[1] Selain itu, beliau juga ialah sepupu kepada Rosyam Nor. Beliau amat popular dengan gelaran "Roy" melalui sebuah filem yang pernah dibintanginya.[2]Dilahirkan dan dibesarkan di daerah Gombak, dalam kawasan Lembah Kelang, Selangor (walaupun kampung halamannya adalah di Alor Gajah, Melaka, asal sebelah bapa dan juga Tanjung Karang, daerah Kuala Selangor di bahagian utara Selangor, asal sebelah ibu), seluruh ahli keluarga beliau berkecimpung dalam bidang kesenian. Faizal memegang peranan kecil pada usia 5 tahun dalam filem Darah Panglima (1972) arahan S. Kadarisman, diikuti oleh Penyamun Si Bongkok (1973) arahan M. Amin. Filem-filem terkenal beliau termasuk Gila-Gila Remaja (1986), Bayangan Maut dan Kanta Serigala (1991), MX3 (2003), Pontianak Menjerit (2005) dan Bunohan (2012). Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[3]

Faizal_Hussein

Anak Fazrick Faizal
Fazryn Faizal
Kediaman Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Kuala Lumpur
Ketinggian 1.79
Saudara Dilla Hussein (kakak)
Fairuz Hussein (kakak)
Natra Hussein (anak saudara)
Rosyam Nor (sepupu)
Azman Nor (sepupu)
Latif Ibrahim (sepupu)
Sophia Ibrahim (sepupu)
Khatijah Ibrahim (sepupu)
Tahun aktif 1972–kini
Pekerjaan Pelakon, pengarah, penulis skrip
Kelahiran Mohd Faizal bin Hussin
(1967-05-31) 31 Mei 1967 (umur 52)
Gombak, Kuala Lumpur (ketika itu di Selangor), Malaysia
Ibu bapa Hussein Abu Hassan (bapa; meinggal dunia)
Mahyon Ismail (ibu; meninggal dunia)
Pasangan Suhaila Sulaiman (k. 2004)