Islam Fajar

"...seperti ekor serigala"

Fajar merupakan antara waktu yang penting dalam sehari bagi umat Islam keseluruhannya kerana ia menentukan waktu solat fardhu dan permulaan puasa. Terdapat juga perbincangan penting dalam perundangan Islam antara "fajar benar/sadiq (فجر صادق)" dan "fajar palsu/kazib (فجر كاذب)".

Nabi Muhammad telah membezakan fajar kepada dua jenis dan ini diriwayatkan apabila baginda bersabda:

“Fajar itu ada dua macam. Pertama, fajar yang mengharamkan makan dan menghalalkan shalat. Kedua, fajar yang mengharamkan shalat dan menghalalkan makan.”
—HR Ibnu Khuzaemah dan Al-Hakim)

Hadis yang sama diriwayatkan oleh al-Hakim bersumber dari Jabir yang menambah tentang fajar pertama yang mengharamkan makanan:

“...sesungguhnya fajar ini nampak memanjang di kaki langit.”

dan fajar yang kedua lagi:

"...sesungguhnya bentuk fajar ini seperti ekor serigala."

Fajar yang pertama itu ialah fajar sadiq iaitu apabila waktu untuk solat Subuh dikerjakan dan tidak dibenarkan makan bagi mereka yang berpuasa. Fajar kedua pula ialah fajar kazib iaitu apabila solat Subuh tidak dibenarkan kerana belum masuk waktunya dan makan masih dibolehkan bagi mereka yang berpuasa.

Dari Abu Musa Al-Asy’ari:

“Nabi Muhammad pernah didatangi orang yang menanyakan waktu-waktu solat, dan beliau tidak menjawabnya. Namun beliau kemudian mendirikan solat subuh, ketika muncul fajar. Ketika itu hampir saja mereka tidak mengenali satu sama lain.
—HR. Muslim: 614

Aisyah r.a. mengatakan:

“Dahulu para sahabat dari kalangan wanita, ikut solat fajar bersama Rasulullah dengan berbalut baju yang berbulu. Lalu mereka kembali ke rumah-rumah mereka, dan tidak ada seorangpun yang mengenali mereka, kerana suasana yang masih gelap”.
—HR Bukhari: 578, dan Muslim: 645

Daripada riwayat dan hadith tersebut, boleh dikutip maklumat bahawa waktu solat Subuh ialah ketika aram astronomi bermula lagi iaitu apabila keadaan masih gelap sehingga banyak perawi menggambarkannya dengan keadaan yang tidak boleh mengecam wajah kenalan yang duduk di sebelanya ketika solat Subuh bersama Nabi Muhammad . Nabi Muhammad juga bersabda:

“Jangan sampai sahur kalian diganggu oleh adzannya Bilal dan putihnya ufuk yang meninggi seperti ini, (tapi teruskanlah sahur kalian) hingga putih ufuk itu mendatar seperti ini!”
—HR. Muslim: 1094

Dalam hadith ini baginda menyebut tentang waktu sahur yang menghubungkan antara menghentikan sahur dengan putihnya ufuk yang bentuknya mendatar. Baginda bagaimanapun tidak mensyaratkan bahawa cahaya fajar itu harus tersebar sampai ke jalan dan rumah.

Di Malaysia

Awal waktu solat Subuh mengikut syarak adalah apabila fajar benar (sadiq) terbit di ufuk timur. Kajian ulama silam dan beberapa ahli saintifik setakat ini mendapati pada saat demikian matahari di kedudukan lebih kurang 18° di bawah ufuk. Namun dalam soal ini para fuqaha’ bersetuju supaya awal waktu Subuh ditetapkan ketika matahari di kedudukan lebih bawah daripada 18° di bawah ufuk. Terdapat pihak yang menetapkan 19° dan ada pula yang menetapkan 20° di bawah ufuk.[6]

Maka, disebabkan waktu Subuh di Malaysia yang mengambil kira zenith Matahari iaitu 110° atau 109° berikutan kedudukan Malaysia di latitud lebih tinggi berbanding Khatulistiwa, waktu Subuh di Malaysia masuk 4-8 minit sebelum fajar astronomi.