Faksimili
Faksimili

Faksimili

Faksimili (dari bahasa Latin fac simile ('membuat serupa')) merupakan salin atau pengeluaran semula buku, manuskrip, peta, lukisan agung, atau bahan lain yang mempunyai nilai sejarah dan ia menyerupai sumber asal. Ia berbeza dari bahan lain yang dikeluarkan semula kerana faksimili mengeluarkan semula sesuatuy bahan dengan meniru seberapa tepat yang mungkin dalam skala, warna, keadaan dan kualiti-kualiti lain yang ada pada bahan asal. Untuk buku dan manuskrip, ia melibatkan satu salinan lengkap untuk semua muka surat; namun, salinan yang tidak lengkap digelar "separa faksimili". Faksimili kebiasaannya digunakan oleh para sarjana untuk menyelidik sumber asal yang tidak dapat diakses, dan turut digunakan oleh muzium dan arkib untuk pemuliharaan dan pemeliharaan bahan. Bahan faksimili juga turut dijual secara komersial dan ia dikeluarkan dalam edisi terhad, kebiasaannya 500-2,000 salinan, dan bernilai beberapa ribu dolar Amerika Syarikat. Terma "faks" merupakan singakatan kepada "faksimili" walaupun kebanyakan faks tidak mengeluarkan semula dalam kualiti yang dimahukan seperti dalam maksud sebenar faksimili itu sendiri.