Fan_Fanatik

Fan Fanatik adalah sebuah rancangan game show 13 episod terbitan Astro Ria yang melibatkan selebriti dan kelab peminat mereka.Ia dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Yaya Zahir.Bermula 8 November 2017 ,setiap hari rabu jam 9.30 mlm menampilkan pelbagai permainan yang akan dimainkan oleh setiap selebriti dan peminat mereka.Setiap episod akan ada seorang pemenang dan mereka akan memenangi trofi Fan Fanatik.Rancangan ini menampilkan kerjasama antara selebriti dan peminat disamping itu menguji pengetahuan para peminat tentang selebriti kesayangan mereka.Pelbagai cabaran harus ditempuhi oleh artis dan para peminat untuk mendapatkan trofi Fan Fanatik.Antaranya adalah Tepat Cepat Padat ,Lekas Pantas Tangkas serta Terlingkup Terlangkup Terlokop.Tepat Cepat Padat adalah cabaran pertama untuk para peminat menjawab quiz tentang artis kesayangan mereka.Jika salah,artis mereka akan disimbah air berwarna.Seterusnya cabaran Lekas Pantas Tangkas adalah cabaran dimana empat peminat dipilih oleh artis untuk bekerjasama dalam permainan seperti menuang air didalam jag diatas kepala sambil membawa belon dibadan dan menempuhi halangan pokok kaktus dan permainan menebalikkan cawan yang sudah diminum dan menyelesaikan gambar berpisah.Jika kalah,artis yang menang akan menolak peminat artis yang kalah seperti bowling.Cabaran terakhir adalah Terlingkup Terlangkup Terlokop dimana ianya seperti permainan jengka cuma berbeza adalah blok jengka bernombor ,lima peminat yang terpilih membantu mengeluarkan blok tersebut dan artis digantung di atas bahagian jengka.Blok jengka bernombor itu haruslah dipilih secara rawak dan blok yang banyak dikeluarkan,adalah pemenang.Yang kalah ,blok yang tertinggal akan dijatuhkan.