Farah_Diana_Anuar
Farah_Diana_Anuar

Farah_Diana_Anuar

Farah Diana Anuar (lahir 25 Januari 1985) atau lebih dikenali dengan gelaran Farah AF2[2] atau Farah Breep Breep, ialah seorang penyanyi dari Malaysia. Beliau mencapai populariti dengan menduduki tempat ke-4 dalam musim ke-2 Akademi Fantasia. Farah memiliki dua orang anak perempuan yang bernama Elsa Johan yang dilahirkan pada 15 Ogos 2012 [3] dan Mya Johan yang dilahirkan pada 13 September 2015 hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta Johan Johari yang dinikahi beliau pada 15 Julai 2011 [4].