Kerjaya Farahdhiya

Farahdhiya mula menjinakkan diri di dalam dunia nyanyian sejak berusia belasan tahun lagi di bawah naungan KRU Records. Kini bernaung di bawah NAR Records. Beliau telah menghasilkan dua buah album, Bertakhta Di Hati dalam tahun 2004 dan Yang Ku Puja di akhir 2006. Bertakhta Di Hati mendapat tempat di dalam carta carta di dalam radio Era dan Hot.FM serta mendapat pencalonan di dalam Anugerah AIM sebagai Artis Baru Terbaik.[perlu rujukan]

Selain menyanyi, Farah Dhiya berkecimpung di dalam bidang pengacaraan di mana beliau menjadi hos rancangan realiti, Jaguh Futsal RTM selama beberapa episod. Selain dari itu, Farahdhiya juga telah berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Drama pertama lakonannya adalah Mencari Arah Kiblat yang disiarkan di TV sempena Awal Muharam 2007. Pada masa kini, beliau membintangi drama popular di TV3, dalam slot akasia, iaitu Spa Q untuk 60 episod, yang disiarkan pada 23 Oktober 2007 hingga 31 Januari 2008 lalu, sebagai Fatin. Drama inilah yang menaikkan namanya sekarang.

Kemunculan semula beliau dalam pertandingan Gegar Vaganza nama beliau kembali diperkatakan dalam bidang muzik bila berjaya memenangi tempat kedua pertandingan tersebut dengan perbezaan markah kurang dari 2 markah dari pemenangnya Siti Nordiana.