Fatwa

Sebahagian siri
Usul al-fiqh
Fatwa (Bahasa Arab: فتوى‎, fatwā) ialah suatu pandangan sesuatu hukum Islam yang dikeluarkan oleh seorang mufti bertauliah.[1] Ia bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berkenaan agama yang dikemukakan oleh mana-mana individu, kadi, hakim, perbadanan mahupun kerajaan. Soalan tersebut boleh bertanya tentang hukum, kemusykilan dan kepastian pada sesebuah masalah atau perkara.[2] Jika pengaju soalan tidak berpuas hati dengan fatwa yang diberikan oleh satu mufti, beliau boleh minta fatwa daripada mufti yang lain.Fatwa yang dikeluarkan oleh seorang mufti biasanya digunakan dalam masyarakat setempat, namun kadangkala boleh diterima pakai oleh masyarakat-masyarakat lain, dan dapat berubah dari masa ke semasa malah dari satu mufti ke mufti lain.