Fauziah_Asyari

Fauziah Asyari (dieja sebagai Fauziah Ashari) merupakan seorang pengarang novel wanita yang berjaya di Malaysia. Dia telah berjaya menghasilkan sehingga 11 novel sehingga 2018 [1]. Karyanya Ombak Rindu telah diadaptasi bagi penghasilan filem Ombak Rindu pada penghujung 2011 oleh Tarantella Pictures, arahan Osman Ali. [2] Filem yang diadaptasi daripada novel cinta popular karya Fauziah Ashari, Ombak Rindu arahan Osman Ali itu berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM4 juta selepas empat hari ditayangkan. Kutipan pada hari pertama tayangan iaitu Khamis lalu mencecah RM750,000 dan kutipan pada hari seterusnya melebihi RM1 juta sehari. Filem tersebut turut dilakonan oleh tiga artis popular iaitu Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani.

Fauziah_Asyari

Pekerjaan pengarang, penulis
Warganegara  Malaysia