Fazley_Yaakob

Dato' Ahmad Fadzli bin Yaakob atau lebih dikenali sebagai Fazley Yaakob atau Fazley (lahir 18 April 1978) sahaja, ialah seorang penyanyi dan pelakon yang berasal dari Malaysia. Beliau memulakan karier sebagai penyanyi pada tahun 1995 ketika berusia 17 tahun. Setelah melanjutkan pelajaran di Victoria University of Wellington, New Zealand, Australia dan Universiti Utara Malaysia (UUM),[perlu rujukan] beliau juga bergelar pakar motivasi dan Eksekutif Chef kepada SukaSucre Bistro dan Rayz Bistro (Singapura).[perlu rujukan] Lagu beliau yang paling popular adalah lagu ciptaan komposer Ajai yang berjudul Asmara Ini pada tahun 2001. Beliau juga aktif sebagai pelakon, pengacara dan juga menjuarai MasterChef Selebriti Malaysia pada tahun 2012. Lalu, beliau berusaha untuk mendapatkan pelajaran dalam jurusan kulinari dan telahpun lulus sebagai graduan dari Le Cordon Bleu (Malaysia dan Paris). Kini beliau memiliki restoran bernama SukaSucre Bistro di Kuala Lumpur yang menyajikan makanan Asian-Fusion bertemakan "From Rembau to Paris".

Fazley_Yaakob

Pekerjaan Penyanyi, penulis lirik, pelakon, model iklan, pengacara, pakar motivasi, chef selebriti
Ibu bapa Datuk Yaakob Mohammad (bapa)
Datin Umi Kalsom Abdol Latib (ibu)
Pasangan Azrene Soraya Abdul Aziz (k. 2006)
Anak 3
Tahun aktif 1995 – kini
Warganegara Malaysia
Saudara menantu tiri kepada Dato' Sri Najib Tun Razak & menantu kepada Datin Seri Rosmah Mansor
Kelahiran Ahmad Fadzli bin Yaakob
(1978-04-18) 18 April 1978 (umur 41)
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Genre Pop, Balada