Federico Fellini
Federico Fellini

Federico Fellini

Federico Fellini Cavaliere di Gran Croce OMRI [fedeˈriːko felˈliːni; fé-dé-ri-ko fél-li-ni] (20 Januari 1920 - 31 Oktober 1993) dengan gelaran merupakan seorang pengarah filem dan penulis skrip Itali.Beliau dianggap antara pengarah filem paling terunggul dan memengaruh sepanjang zaman.[1][2][3] Salah satu filemnya La dolce vita meraih beliau Palme d'Or di Festival Filem Cannes; beliau turut dicalonkan sebanyak 12 kali dalam acara Anugerah Akademi serta menang dalam kategori Filem Bahasa Asing Terbaik sebanyak 4 kali daripada percubaan itu. Beliau turut memenangi Anugerah Kehormat Akademi Pencapaian Seumur Hidup atas sumbangannya kepada industri filem dalam Anugerah Akademi ke-65[4]

Federico Fellini

Pekerjaan Pembuat filem
Kelahiran (1920-01-20)20 Januari 1920
Rimini, Itali
Karya terkenal
  • La Strada (1954)
  • Amarcord (1973)
Pasangan Giulietta Masina
(k. 1943)
Tahun aktif 1945–1992
Meninggal dunia 31 Oktober 1993(1993-10-31) (umur 73)
Rom, Itali