Felda Air Tawar 4

Felda Air Tawar 4 merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Kota Tinggi, Johor. Ia merupakan salah satu daripada 5 Felda Air Tawar yang berada di daerah Kota Tinggi iaitu bermula dengan Felda Air Tawar 1, Felda Air Tawar 2, Felda Air Tawar 3, Felda Air Tawar 4, dan Felda Air Tawar 5.Namun susunan Felda ini nampak tidak teratur jika anda menggunakan mana-mana laluan dari arah Kota Tinggi atau dari arah Bandar Penawar ia bermula dengan Felda Air Tawar 3 jika anda menggunakan arah dari Kota Tinggi dan ia akan bermula dengan Felda Air Tawar 4 jika anda menggunakan arah dari Bandar Penawar.Diantara kelima-lima Felda Air Tawar ini. Felda Air Tawar 4 adalah kurang dikenali lorong masuknya kerana pintu gerbangnya yang terdapat pada bahagian dalam perkampungan Felda tersebut jika mahu dibandingkan dengan Felda Air Tawar yang lain pintu gerbangnya jelas terpapar dibahagian jalan masuk Felda tersebut. Namun, tidak perlu risau kerana Felda Air Tawar 5 dan Felda Air Tawar 4 berkedudukan bersebelahan seberang jalan. Jika anda ternampak stesen minyak Shell dan Petron. Itu bermakna anda telah sampai di Felda Air Tawar 5 dan berhadapan dengannya adalah Felda Air Tawar 4.Pada tahun 2019, kerajaan pada masa itu iaitu kerajaan Pakatan Harapan telah cuba membangunkan kawasan perumahan bagi generasi ke-2 Felda Air Tawar 4 yang akan berlangsung pada tarikh yang masih belum ditetapkan. Bayaran yang dikenakan kepada generasi ke-2 Felda Air Tawar 4 pada masa itu ialah RM2100/pemohon dengan syarat pemohon mestilah anak peneroka yang bekerja dikawasan itu yang masih belum ada rumah sendiri dengan erti lain menetap dengan orang tua iaitu peneroka Felda. Sumber ini didapatkan berdasarkan dari perkataan penduduk setempat.Lihat Peta di sini dan di sini Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.