Felda Bukit Rokan Barat

Gugusan FELDA Bukit Rokan merupakan salah satu kawasan tanah rancangan di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia terletak di bawah FELDA Wilayah Raja Alias. Gugusan FELDA Bukit Rokan terletak dalam daerah Tampin dan terletak dalam kawasan DUN Gemencheh. Gugusan ini merangkumi tiga kawasan tanah rancangan iaitu FELDA Bukit Rokan (di bahagian timur), FELDA Bukit Rokan Utara dan FELDA Bukit Rokan Barat.FELDA Bukit Rokan Utara diteroka pada tahun 1969 dan mula didiami pada tahun 1972. FELDA Bukit Rokan Barat pula dibuka pada tahun 1979 dan mula didiami pada tahun 1985.