Felda Sungai Buaya

Felda Sungai Buaya terletak di daerah Hulu Selangor, negeri Selangor. Nama Felda ini popular kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib menjanjikan peneroka menjadi jutawan menerusi tukar hak milik tanah pertanian kepada pembangunan bandar dan universiti.Pada 1994, seramai 363 peneroka keluar daripada tanah rancangan itu bagi memberi laluan kepada pembangunan setelah dijanjikan pampasan tanah RM1 juta termasuk rumah oleh pemaju terbabit. Akibat krisis ekonomi 1997, projek perumahan itu terbengkalai dan sebuah universiti belum dapat dibangunkan. Sehingga kini peneroka hanya mendapat wang tunai tidak lebih RM250,000 secara ansuran atau rumah.