Felda_Bukit_Waha

Felda Bukit Waha merupakan salah sebuah rancangan penempatan tersusun dalam daerah Kota Tinggi, Johor. Terletak kira-kira 32 km dari pusat bandar, Felda Bukit Waha atau dengan ejaan lama "Felda Bukit Wah Hah" berjirankan dua lagi tanah rancangan iaitu Felda Bukit Easter dan Felda Simpang Waha.Tanah rancangan ini mula diduduki kira-kira pada awal tahun 1980-an. Rata-rata penduduk adalah anak peneroka Felda.