Felda_Lui_Timur
Felda_Lui_Timur

Felda_Lui_Timur

Felda Lui Timur terletak di Felda Wilayah Raja Alias , di dalam Negeri Sembilan. FELDA adalah singkatan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau Federal Land Development Authority . Peneroka FELDA datang dari luar bandar dari pelbagai tempat atau pelbagai negeri. Majoriti peneroka FELDA adalah orang Melayu. Terdapat juga orang Cina dan India yang tinggal di rancangan ini. Felda Lui Timur adalah Tanah Felda yang kedua dibuka di dalam Gugusan Lui, selepas Felda Sungai Lui. En Kassim Bin Yaacob berasal dari Kelantan adalah Pengurus yang pertama bertugas dibantu dengan beberapa kakitangan ladang yang lain.Diketahui umum, Felda Lui Timur telah mula menanam getah pada tahun 1975/1976 seluas 2288.32 hektar yang terbahagi kepada kawasan kampung seluas 173.04 hektar. Pada asalnya Felda Lui Timur mempunyai 601 orang peneroka yang terdiri daripada 25 buah blok. Tetapi kini Felda Lui Timur hanya mempunyai seramai 540 orang peneroka yang terdiri daripada 24 buah blok.Pada permulaan kemudahan asas seperti api dan air belum disalurkan. Mereka terpaksa menggali perigi atau mencari anak sungai berhampiran bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian. Pada waktu malam, mereka hanya menggunakan pelita minyak tanah sebagai sumber pencahayaan. Keadaan ini berbeza dengan apa yang dilalui sekarang. Ada peserta yang lari meninggalkan rancangan kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang susah semasa baru dibuka. Pada tahun 1980, kerajaan telah memasukkan bekalan air paip ke kawasan rancangan. Pada pertengahan tahun 1984 barulah kuasa elektrik dibekalkan.